SELAMAT DATANG !

" sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi orang lain" (HR. Ad-Daraqutni dan Ath-Thabrani)

Sabtu, 03 Desember 2011

Andai lelaki tahu..!

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat menyayangi lelaki itu,  percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda risih, tapi dia mau lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andain lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mau kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mau menerima kamu apa adanya, tetapi dia mau menjadikan kamu lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan kamu.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percaya pada mu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayang dan masih mengangap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya ingin yang terbaik untuk mu .

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan dikira dia berlebih-lebihan. Dia bukannya mau dibujuk dengan uang atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang membuat perempuan merasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mau lelaki itu merasakan sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia rindu kamu, dia benar-benar merindukan mu.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan bilang lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mau menguji kamu. Dia mau melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih banyak yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi sensi, dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh kamu pergi selamanya. Dia hanya mau menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari kamu. Itu tandanya dia benar-benar mencintai kamu. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi mu dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri kamu.


Andai lelaki tahu..
 Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbedaan yang tersendiri. Tetapi mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di balik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa mengguncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah karenanya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup kamu karena dia didatangkan bukan dengan kelemahan saja tetapi dia juga memiliki kekuatan untuk mendukung kamu dan membuat hidup kamu lebih sempurna. menjadi isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak mu.
♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫


==========================
=======================================================================

*IKATLAH ILMU DENGAN MENULISKANNYA*
Al-Hubb Fillah wa Lillah,

Tidak ada komentar:

Posting Komentar